Biar masa bongkarkan segalanya, saya pilih untuk berdiam diri – Anju

Biar masa bongkarkan segalanya, saya pilih untuk berdiam diri – Anju

Tidak dpat dinafikan, nama pelakon Zarina Anjoulie kerap menjadi perhatian ramai gara-gara konflik percintaannya bersama Datuk Seri Khazrul Elzey yang dikatakan sudah memilih untuk bersahabat selepas kurang sebulan mengikat tali pertunangan.

Malah, sebelum ini juga Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju mendedahkan ego merupakan punca kepada hubungan dia bersama bekas tunang terlerai di pertengahan jalan telah berjaya menarik perhatian ramai.

anju 4 768x1022 1

Bukan itu sahaja, apa yang lebih mengejutkan netizen apabila Khazrul memberitahu dia berasa malu Anju sering berpenampilan seksi dan berharap agar Anju menutup aurat dengan sempurna kelak.

Susulan itu, baru-baru ini, Anju meluahkan rasa sebak dengan ujian yang dialaminya pada ketika ini namun, dia percaya bahawa nikmat Allah itu lebih besar berbanding segalanya.

Screenshot 2023 02 09 at 9.29.35 AM 768x1378 1

Reda dengan dugaan, pelakon yang berusia 35 tahun itu memaklumkan kebenaran akan terbongkar suatu hari nanti dan dia telah membuat keputusan untuk mendiamkan diri.

Sementara itu, dia menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang sentiasa memberi sokongan dan berharap agar netizen mendoakan urusannya dipermudahkan.

271628328 609838253422443 8922779905137139192 n 768x960 1

“Allahuakbar, besar betul ujian. Tapi besar lagi nikmat Allah bagi. Tak mengapalah lambat laun masa yang akan bongkarkan segalanya. Saya pilih untuk berdiam diri, terima kasih semua ye doakan saya,” ujarnya.

Terdahulu, Anju berpendapat memakai tudung semata-mata tidak menunjukkan seseorang telah berubah sepenuhnya malah, perlu membetulkan akidah untuk menjadi seorang insan yang lebih baik.

Sumber: Instagram anjoulielavocah1

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*