Selepas ‘gian’ bau simen, isteri Harris Annuar mengidam main lato-lato pula

Selepas ‘gian’ bau simen, isteri Harris Annuar mengidam main lato-lato pula

Selepas gemar menghidu bau simen, isteri kepada pelakon Harris Annuar iaitu Asha Merican yang sedang berbadan dua mengidam untuk bermain permainan lato-lato pula.

Menerusi dua perkongsian di laman Instagram, Harris pada mulanya bertanyakan kepada pengikut mengenai lokasi untuk mencari permainan dua bola dan bertali itu sebelum berjaya membeli dari sebuah kedai di Damansara, Selangor.

Isteri mengidam main lato-lato

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

Pada posting terbaharu pula, pelakon berusia 30 tahun itu segera menghulurkan dua set mainan tersebut kepada isterinya sebelum Asha yang juga seorang pelakon dilihat sangat gembira sekali gus cuba untuk menunjukkan skill bermain.

Akhirnya dapat beli! 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

“Untuk awak apa pun boleh, ok dah boleh join tournament nanti! Thanks kepada semua yang menolong ibu mengidam nak main lato lato ni! Peninggggggggggg,” tulis Harris yang juga anak kepada kepada usahawan terkenal, Zaiton Hassan atau Kak Ton.

Memetik laporan Harian Metro, Asha mengaku sudah tiga hari mengidam sebelum suaminya dapat memenuhi permintaan untuk bermain lato-lato.

“Sebenarnya rasa pelik juga sebab ini kali pertama saya rasa begini. Sebelum ini saya tak pernah rasa nak main benda-benda macam ini.

“Mulanya dia ingat saya main-main. Keinginan timbul apabila saya tengok satu video lato-lato di TikTok. Jadi saya telefon suami suruh beli juga.

“Dia segera cari di kedai berdekatan rumah tapi tak jumpa. Namun, akhirnya dia berjaya beli dengan bantuan pengikut Instagramnya.

“Apabila dah dapat main lato-lato rasa puas itu memang lain macam,” kata pelakon drama Biarkan Ia Pergi itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 11 Jun tahun lalu dan sedang menghitung hari untuk menimang cahaya mata sulung.

Sumber: Instagram Harris AnnuarHarian Metro (Ridzuan Abdul Rahman)

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*