Ambulans tak datang, budak 6 tahun usung bapa uzur ke hospital sejauh 3km guna kereta sorong

Ambulans tak datang, budak 6 tahun usung bapa uzur ke hospital sejauh 3km guna kereta sorong

Seorang anak bersama ibunya menolak kereta sorong kayu yang membawa bapanya.

MENYAYAT hati menyaksikan video yang tular menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun mengusung bapanya yang uzur ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Lebih menyedihkan apabila kanak-kanak itu terpaksa membawa bapanya menggunakan kereta sorong kayu.

Kejadian berlaku di Singrauli di Madhya Pradesh, India, pada Sabtu lalu.

Insiden tersebut juga menimbulkan persoalan mengenai khidmat ambulans untuk keluarga miskin di kawasan terpencil di Madhya Pradesh.

Dilaporkan keluarga berkenaan terpaksa menunggu ambulans selama lebih sejam, namun kelewatan menyebabkan kanak-kanak itu nekad untuk membawa bapanya menggunakan kereta sorong kayu.

Beberapa penduduk melihat kanak-kanak berkenaan membawa bapanya, sambil ditemani ibunya.

Menerusi video tular, budak tersebut menolak kereta sorong itu sejauh 3 kilometer, manakala ibunya dilihat turut menolaknya dari arah bertentangan.

Susulan video yang tular di media sosial, pentadbiran daerah Singrauli mengarahkan siasatan berhubung perkara tersebut.

“Difahamkan kerana ketiadaan ambulans, pesakit terpaksa dibawa ke hospital oleh isteri dan anak lelakinya.

“Ketua pegawai perubatan dan pakar bedah awam telah diarahkan untuk menyiasat punca ambulans tidak disediakan,” kata wakil pentadbiran Singrauli, D.P. Burman kepada media.

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*