Duduk di kerusi belakang, Noki K-Clique pasrah muka ‘dilibas’ baju Aina Abdul

Duduk di kerusi belakang, Noki K-Clique pasrah muka ‘dilibas’ baju Aina Abdul

Bahang Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) masih terasa lagi walaupun sudah melabuhkan tirai dengan jayanya apabila lagu dendangan Aina Abdul bertajuk Terus Hidup dinobatkan sebagai juara.

Penampilan yang cukup memukau

Dari vokal, persembahan dan juga penampilannya malam tadi benar-benar memukau semua yang menonton baik di Axiata Arena mahupun di kaca televisyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Walaupun persembahannya tidak mendapat anugerah Persembahan Terbaik AJL37, namun tema yang diketengahkan membuatkan semua penonton seolah-olah terbang di atas awan dengan bajunya yang cukup mencuri perhatian.

Orang belakang kena ‘libas’

Akan tetapi, video sewaktu dia duduk di kerusi bersama peserta-peserta lain yang berentap telah mencetuskan hiburan buat netizen apabila kelihatan Noki dari kumpulan K-Clique telah ‘dilibas’ oleh busana yang digayakan Aina.

KLIK VIDEO TIKTOK DISINI 

Muka masing2 pasrah sungguh

Dapat dilihat juga beberapa peserta lelaki termasuklah Naim Daniel, Noki, MK, dan SonaOne berusaha gigih untuk mengelak dari ‘tertampar’ baju yang digayakan Aina dan akhirnya mereka pasrah setelah penyanyi itu bergerak ke pentas untuk mengambil trofi.

Snapinsta.app 1080 329973240 147742617795692 5638275751524215469 n 768x768 1

Mesti memasing lega bila Aina bangun

Video yang dikongsi oleh pengguna TikTok dikenali sebagai baddddbib itu telah mendapat pelbagai komen daripada netizen. Kebanyakkan mereka terhibur dan membuat dialog sendiri melihat daripada riak wajah Noki ketika itu.

Netizen turut menyarankan untuk tahun-tahun berikutnya, pihak penganjur menyediakan satu kerusi khusus buat Aina supaya tidak menyukarkannya duduk di barisan bersama peserta lain sewaktu menanti pengumuman pemenang.

IMG 9817 768x798 1

IMG 9818 768x857 1

IMG 9821 768x794 1

Walau bagaimanapun, mereka semua tetap sporting dan membantu membetulkan busana Aina agar penyanyi itu selesa ketika bergerak bangun untuk menaiki pentas sewaktu diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik AJL37.

Sumber: TikTok baddddbib

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*