
“Saya Masih Clubbing, Tak Pandai Hipokrit” – Ismail Izzani
Susulan tanggapan mengatakan dirinya artis bermasalah dan suka berparti di kelab malam, penyanyi Ismail Izzani enggan bersikap hipokrit serta mengakui memang ke kelab malam.
Memetik Kosmo, Ismail berkata dia juga manusia biasa dia tidak mampu lari daripada melakukan kesilapan.
“Tentang pergi kelab malam (clubbing) atau berparti, kadang-kadang kita semua masih pergi. Saya masih pergi (clubbing).
“Tapi, saya tahu batasnya. Ada benda kita pergi ke sana ada sebab. Kadang-kadang, kawan kita ada di sana. Kadang-kadang juga, sebab nak berseronok.
“Saya pasti orang media pun ada di sana juga (ketawa). Saya tak mahu hipokrit dan mengakui dalam hidup, kita banyak buat silap,” katanya.
Menurut Ismail lagi, sebagai selebriti terkenal, sudah tentu lokasi dan keberadaannya pasti akanmenjadi perhatian dan buah mulut orang ramai.
“Kita tak boleh puaskan hati semua orang. Kita tak boleh suruh atau paksa orang sayang kita.
“Bagi saya, siapa yang betul-betul sokong, saya sangat-sangat menghargainya. Haters (orang yang membenci) juga banyak membantu.
“Mereka membuat saya beringat dengan cara yang kasar. Saya tak sentiasa betul dan saya takkan betulkan apa yang salah,” katanya.
Terdahulu, tular video memaparkan seorang lelaki mirip Ismail dilihat memeluk seorang wanita seksi di sebuah kelab malam sambil mencium pipi dan leher dalam keadaan ghairah.
Sumber : kosmo
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply