Zara Zya mengaku ‘cucuk’ muka & bibir, faktor usia salah satu asbab

Zara Zya mengaku ‘cucuk’ muka & bibir, faktor usia salah satu asbab

Selepas diasak mengenai rupa parasnya semakin berbeza sejak kebelakangan ini, akhirnya pelakon popular Zara Zya mengaku mengambil suntikan pada wajah dan bibirnya

Faktor usia dan hormon punca ambil suntikan
Enggan menjadikan ia sebagai isu, aktres berusia 38 tahun itu menjelaskan perubahan hormon dan faktor usia menyebabkan dia mengambil suntikan tersebut.

Zara atau nama penuhnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin juga tidak menolak dakwaan terdapat beberapa klinik estetik yang tampil menajanya untuk melakukan suntikan dan ‘repair’ wajahnya.

Snapinsta.app 1080 301878800 1080538259334250 3433782400721519422 n 768x768 1

Namun, ia bukanlah tindakan ‘melampau’ kerana dia cuma mengambil suntikan vitamin sahaja untuk menjadikan kulitnya tampil lebih segar.

“Sejujurnya, memang ada beberapa klinik yang menaja untuk saya membuat rawatan muka. Lagipun, saya dah semakin meningkat usia, jadi timbul kedutan dan saya ada suntik sedikit.

“Tapi ia lebih kepada suntikan vitamin untuk menjadikan kulit tampil tanpa cela,”jelasnya.

Snapinsta.app 1080 292471678 416842997167126 3376257430654409768 n 768x959 1

Apa salahnya kalau ada peluang

Katanya lagi, tidak menjadi satu kesalahan sekiranya dia berbuat sedemikian termasuk suntikan pada bahagian bibir memandangkan kini sudah mempunyai klinik estetik yang bersesuaian.

“Kalau dulu susah nak jumpa klinik estetik yang sesuai, jadi bila ada peluang, apa salahnya? Tapi ia lebih kepada vitaminlah.

“Sama juga macam bibir, kadang-kadang bibir jadi gelap, jadi yang ini dia memberikan kesan tegang. Apabila ia tegang, ia menjadi lebih gebu dan berwarna kemerah-merahan,” kata Zara menerusi temu bual di Melodi.

KLIK VIDEO TIKTOK DISINI

Tak kisah dikecam netizen

Sementara itu, pelakon popular drama rantaian Risik Pada Hati ini mengatakan tidak kisah sekiranya ada netizen yang tampil memberikan komen negatif terhadap rupa parasanya.

Jelas Zara, setiap orang mempunyai pandangan dan pendapat masing-masing mengenai hal tersebut termasuk jugalah dirinya.

“Saya tidak kisah dan terpulang, lagipun saya rasa ramai sahaja yang buat. Terpulang pendapat masing-masing, mungkin orang itu tak ditawarkan peluang seperti ini, tapi bila dah ada peluang, mungkin dia juga sama nak mencuba,”katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZaraPrihatin (@zarazya)

Zara berkata, setiap selebriti pasti melakukan suntikan pada wajah sebagai rutin untuk mereka tampil cantik dan menjaga penampilan.

“Di media sosial, orang boleh cakap apa saja. Nak buat atau tidak, itu terpulang. Macam saya, saya seorang selebriti, sudah pasti saya kena jaga penampilan secara keseluruhan dan apa yang boleh saya katakan, ia rutin bagi selebriti.

“Lagipun apa sahaja yang saya buat tetap ada kecaman dan tilikan. Kadang-kadang dalam video yang saya muat naik pun kita rasa tak ada apa-apa, tapi mata netizen tajam,”katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZaraPrihatin (@zarazya)

Tegasnya lagi, dia tidak kisah sekiranya orang ramai tegur dan kritik mengenai perubahan pada wajahnya kerana tahu apa yang terbaik buat diri sendiri.

“Bagi saya, selagi perkara itu baik untuk diri saya, saya tak kisah apa orang nak cakap.

“Saya tak kisah orang nak kecam, saya tetap dengan diri saya dan akan jaga diri saya sebaik mungkin. Terima kasih kerana ambil tahu,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZaraPrihatin (@zarazya)

Sumber: TikTok melodiberapi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*