Tular Video Wanita Kurang Siuman Bersalin Seorang Diri, Ditanya Siapa Pelaku? Ini Jawapannya

Tular Video Wanita Kurang Siuman Bersalin Seorang Diri, Ditanya Siapa Pelaku? Ini Jawapannya

Baru-baru ini, tular beberapa rakaman video di media sosial memaparkan seorang wanita didakwa mempunyai masalah mental melahirkan cahaya mata perempuan sehingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan penduduk.

Menurut laporan tvOneNews.com, bayi itu selamat dilahirkan dalam kejadian berlaku di sebuah pondok kecil di satu wilayah di Kecamatan Birem Bayeun, Kabupaten Aceh Timur kira-kira jam 10 pagi pada Sabtu lalu.

KLIK VIDEO TIKTOK DISINI

Seorang penduduk dikenali sebagai Turni berkata, mangsa sempat menjawab beberapa soalan ketika terbaring dalam keadaan lemah selepas dipercayai bersalin seorang diri.

“Dia mengaku bahawa bapa bayi tersebut adalah penduduk setempat. Bagaimanapun, dia tidak mengetahui nama pelaku berkenaan,” katanya kepada tvOneNews.com pada Ahad lalu.
Turni berkata, bayi cukup sifat itu berada dalam keadaan sihat dan sudah dibawa ke klinik kesihatan berhampiran daerah Birem Bayeun untuk menerima rawatan lanjut.

KLIK VIDEO TIKTOK DISINI

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Birem Bayeun, AKP Syamsuddin dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung kejadian terbabit namun tidak dapat berkongsi butiran terperinci.

Terdahulu, dua akaun aplikasi TikTok iaitu alhiskhiee3882 dan bundazest memuat naik video memperlihatkan orang ramai cuba membantu mangsa serta bayinya sehingga menerima ribuan komen dalam kalangan netizen.

KLIK VIDEO TIKTOK DISINI

Rata-rata meluahkan rasa simpati selain menggesa pihak berkuasa supaya segera menangkap suspek yang tergamak mengambil kesempatan terhadap golongan kurang siuman.

Sumber : borakdaily

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*