Tular Video Didakwa Mengantuk, Polis Teliti Tahap Kesihatan Anggota Trafik

Tular Video Didakwa Mengantuk, Polis Teliti Tahap Kesihatan Anggota Trafik

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman video memaparkan seorang anggota polis trafik yang seolah-olah mengantuk ketika menjalankan tugas menjaga lalu lintas sehingga perbualan netizen di media sosial.

Menurut laporan mStar Online, anggota tersebut dilihat terhuyung-hayang di tepi jalan sekali gus membuatkan orang ramai bimbang sekiranya boleh mengundang bahaya.

Rata-rata membuat pelbagai andaian menganggap anggota berkenaan mungkin kepenatan atau dalam keadaan kurang sihat sehingga berasa tidak bermaya.

WhatsApp Image 2021 08 12 at 12.54.31

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah mengesahkan kejadian terbabit berlaku di Bulatan Uplands, Kuching pada Jumaat lalu.

“Pada 13 Februari dikesan satu rakaman video berdurasi 14 saat yang tular dimuat naik di laman Facebook yang memaparkan seorang anggota trafik kelihatan mengantuk ketika menjalankan tugas.

“Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching mengesahkan bahawa kejadian tersebut berlaku pada 10 Februari 2023 di Bulatan Uplands, Kuching dan melibatkan penugasan kawalan penarikan kesesakan lalu lintas.

“Pejabat ini akan meneliti keadaan kesihatan petugas berkenaan berkaitan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, akaun Facebook FTopNews 新闻最前线 memuat naik rakaman berdurasi 14 saat itu sehingga meraih 248,000 tontonan selain ratusan komen netizen.

Screenshot 2023 02 16 at 11.55.14 AM 1

Sumber: mStar Online, Facebook FTopNews 新闻最前线

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*