Pelawak Indonesia Kantoi Curang, Larang Isteri Jumpa Anak

Pelawak Indonesia Kantoi Curang, Larang Isteri Jumpa Anak

Isteri kepada pelawak terkenal Indonesia, Daus Mini iaitu Shelvie Hana meluahkan rasa kecewa apabila sudah hampir seminggu tidak dibenarkan melawat anaknya.

Memetik laporan kapanlagi, Daus Mini atau nama sebenarnya Ahmad Firdaus melarang isterinya melawat anak mereka setelah wanita itu menuduhnya berlaku curang.

Screenshot 2023 02 15 at 3.00.55 PM

Nombor telefon disekat, rumah tiada orang..

Shelvie berkata, dia sudah cuba menghubungi suaminya, bagaimanapun gagal kerana nombor telefonnya sudah disekat oleh Daus Mini. Susulan itu, Shelvie akhirnya memutuskan untuk pergi ke rumah ibu bapa Daus Mini di kawasan Depok, Jawa Barat pada Khamis lalu bagi menemui anaknya.

Snapinsta.app 1080 323377436 913018613191164 8303852019914665277 n 768x768 1

Malangnya, setelah beberapa kali mengetuk pagar rumah mentuanya, beberapa orang jiran memaklumkan pelawak tersebut dan keluarganya sudah empat hari tiada di rumah.

“Nah makanya, katanya (tetangga) udah empat hari nggak di rumah, gimana mau ngambil anak kalau gini. Aku tujuan ke sini cuma mau jemput kan.

“Kecewa pasti tapi gimana udah nggak ada orangnya, ke sini jauh-jauh mau jemput Al. Sekarang mikirin terus, kirain kalau kesini ada hasil,” katanya sambil menangis.

p headline seminggu tak bisa bertemu anak shelvie 9e7119

Shelvie mejelaskan bahawa anakya dibawa oleh Daus Mini sejak Jumaat lalu. Disebabkan enggan bertengkar dengan suami, dia membiarkan sahaja Daus Mini membawa anak mereka keluar dari rumah.

Namun, dia tidak menyangka sama sekali tindakan itu telah membuatkan dirinya sukar untuk bertemu dengan anak lelakinya.

“(Dibawa Daus) pas Jum’at kalau nggak salah. Nggak diam-diam, ada mama ayah saksinya di situ. Pas dibawa juga bilangnya Al mau dibawa dulu, kangen, udah lama nggak ketemu.

“Aku nggak iyain, langsung (Daus) bawa aja, daripada berdebat, ya udah lah bawa aja, mungkin buat hiburan dia sedih juga gitu kali makanya dibawa dulu,” jelas Shelvie Hana.

553 2 768x512 1

Shelvie turut meninggalkan pesanan kepada Daus mini agar membawa pulang anak mereka ke rumah dengan kadar segera selain mahu berpisah secara baik.

Terdahulu, Shelvie mendedahkan Daus Mini berselingkuh di belakangnya dengan wanita lain sejak tahun lepas lagi. Bukan itu sahaja, dia juga sudah hampir empat tahun tahan sabar dengan kelakuan suaminya yang dikatakan biadap dengan ibu bapanya.

Sumber: kapanlagi.com

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*