
Doa Farid nak bawa isteri dan anak-anak ke Makkah dimakbulkan, sanggup dukung Che Mad sentuh Kaabah
Farid Kamil gembira lihat anak-anak dan isteri seronok tunaikan umrah.
SELEPAS enam tahun tidak menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah, pelakon dan pengarah Farid Kamil akhirnya dapat menunaikan umrah bersama isteri iaitu Diana Danielle dan dua anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora.
Farid, 41, berkata, memang sudah menjadi impiannya untuk membawa keluarganya ke sana dan menganggap salah satu doanya kepada Allah telah dimakbulkan.
“Ini merupakan harapan dan cita-cita saya sewaktu pergi bersendirian pada 2017 iaitu nak bawa isteri dan anak-anak… Alhamdulillah impian itu sudah tercapai.
Antara kenangan ketika Farid Kamil dan Diana Danielle ketika tunai umrah.
“Apabila Allah SWT menjemput kami sekeluarga ke sana, saya merasakan salah satu doa dimakbulkan,” katanya.
Farid berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di tayangan perdana filem Sumpahan Syaitan yang berlangsung pada malam Khamis.
Dalam pada itu, Farid berkata, dia berasa gembira apabila melihat Diana tekun melakukan ibadah sepanjang di Makkah manakala anak-anak mereka pula teruja melihat Kaabah dengan lebih dekat.
Kata Farid, Muhammad paling teruja sehingga dia sanggup mengangkat anak lelakinya itu agar tidak melepaskan peluang menyentuh Kaabah.
“Kegembiraan mereka berada di sana terserlah… macam Diana, dia dapat keseronokkan untuk lakukan ibadah, anak saya pun walaupun mereka belum Mumayyiz tapi mereka dapat laksanakan ibadah tersebut.
Dengan kudrat yang ada saya berjaya angkat Muhammad untuk sentuh Kaabah.
FARID KAMIL
PELAKON/PENGARAH
“Muhammad paling teruja apabila melihat Kaabah, buatkan saya rasa nak bawa dia lebih dekat lagi untuk melihatnya. Dengan kudrat yang ada saya berjaya angkat Muhammad untuk sentuh Kaabah.
“Ini pengalaman yang sukar saya luahkan dengan kata-kata. Sebagai seorang beragama Islam hati kita ini milik Allah. Apabila saya berjaya beri penerangan dan mereka hargai perkara itu,” ujarnya.
Sumber : mstar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply