
Gara-gara mulut celupar hina kertas soalan Sejarah SPM, polis tangkap 2 remaja lelaki
Remaja ini didakwa menghina kertas soalan mata pelajaran Sejarah SPM.
DUA remaja lelaki ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung video tular memaparkan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lantang mengkritik kertas soalan mata pelajaran Sejarah.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata penahanan dua remaja berusia 18 tahun itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang guru wanita.
“Terdahulu, polis mengesan video tular di TikTok dan Facebook yang berlaku di daerah ini.
“Video itu memaparkan seorang pelajar lelaki memakai seragam sekolah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kertas soalan SPM mata pelajaran Sejarah.
“Bertindak atas maklumat, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor melakukan serbuan di rumah suspek dan menahan dua remaja lelaki warga tempatan.,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Polis juga dalam serbuan itu merampas sebuah telefon bimbit dipercayai digunakan suspek.
“Ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek didapati negatif dadah dan semakan mendapati mereka tidak mempunyai rekod lampau.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998,” katanya.
Terdahulu, tular video pada Khamis, 23 Februari, menunjukkan suspek mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pembuat kertas soalan Sejarah SPM serta menghina Singapura.
Remaja itu kemudiannya memuat naik video permohonan maaf secara terbuka selepas dia dikecam oleh warga maya.
Sumber : mstar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply