Impian tercapai, Adriana Adnan sebak & syukur bergambar dengan Park Seo Joon

Impian tercapai, Adriana Adnan sebak & syukur bergambar dengan Park Seo Joon

Bagi peminat K-Drama pasti mengetahui artis kesayangan mereka iaitu Park Seo Joon datang ke Malaysia bagi sebuah sesi meet & greet bersama 300 pemenang bertuah Jom Minum MILO yang berlangsung di Sunway Pyramid, hari ini.

Ramai di kalangan peminat tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan pelakon drama She Was Pretty secara bersemuka atau melihat dari jauh di sekitar perkarangan event tersebut

KLIK VIDEO TIKTOK DISINI

Adriana Adnan sebak jumpa Park Seo Joon

Ini termasuklah pelakon dan pengacara Adriana Adnan sebak sehingga menitiskan air mata apabila berpeluang bertemu pelakon dari Korea Selatan itu.

Memetik petikan mStar, Adriana tidak menyangka dirinya merupakan antara insan bertuah memenangi cabutan bertuah bertemu dengan aktor berusia 34 tahun itu.

“Saya hanya mahu berjumpa dengan dia, tetapi tidak sangka pula dapat bertemu secara dekat untuk sesi fan signing,”ujarnya.

KLIK VIDEO TIKTOK DISINI

Akhirnya impian sejak tahun 2017 tercapai….

Sementara itu, Adriana memberitahu dia sangat mengagumi personaliti yang dimiliki oleh Park Seo Joon dan menyifatkan setiap lakonan dalam drama dibintangi adalah ikhlas.

“Saya memang suka sangat dekat Seo Joon sejak drama Fight For My Way pada tahun 2017. Lakonannya sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi untuk saya kerana dia seorang yang ikhlas,”ungkapnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ADRIANA ADNAN (@adrianaadnan)

Dalam pada itu, Adriana yang juga anak kepada pengacara televisyen, Zamzarina Zambri mengatakan dia sudah bersedia menerima sebarang kecaman daripada warganet gara-gara menangis berjumpa dengan pelakon berkenaan.

Untuk pengetahuan, ini merupakan kali pertama Park Seo Joon datang ke Malaysia dan aktor itu sendiri tidak menyangka kehadirannya mendapat sambutan luar biasa.

adrianaadnan 3045850284711064258 768x1365 1

adrianaadnan 3045850287680671466 768x1365 1

Sumber: mStar (Ain Norman), Instagram adrianaadnan, TikTok remaja.my

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*