Rumah banjir, bapa dukung anak perempuan hantar pergi nikah

Rumah banjir, bapa dukung anak perempuan hantar pergi nikah

Musim cuti sekolah sememangnya ramai yang mengambil peluang untuk mendirikan rumah tangga. Walau bagaimanapun, di sesetengah negeri di Malaysia, cuaca dilihat kurang baik dan ada beberapa tempat mengalami banjir.

Sudah tentu hujan lebat dan halaman rumah yang sudah dinaiki air menyukarkan sedikit pengantin untuk bergerak lebih-lebih lagi apabila sudah bersiap untuk majlis.

Dukung anak perempuan

Menerusi perkongsian TikTok milik oohlysa, dia telah berkongsi momen sebak apabila seorang bapa mengangkat anak perempuannya yang bakal bernikah mengharungi air bertakung di hadapan rumah.

KLIK VIDEO TIKTOK DISINI

Siap carikkan bunga tangan yang tertinggal

Bapa pengantin juga sempat berpaling semula dan meminta bunga tangan anaknya yang tertinggal sewaktu dia mengangkat gadis tersebut.

Pengantin perempuan yang sudah berada di khemah berhampiran pelamin dilihat sebak apabila menahan tangis sebelum kepalanya disentuh oleh bapa tersayang.

Screenshot 2023 03 04 at 8.41.35 PM 768x1339 1

Tengoklah macam mana seorang ayah layan anak perempuan dia

Perkongsian video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga ditonton lebih dari sejuta dalam masa 7 jam selepas dimuat naik.

Rata-rata netizen yang menonton video berkenaan mengakui sebak apabila melihat lelaki pertama yang dicintai anak perempuan sanggup mengangkat dan meredah hujan serta banjir demi menghantarnya untuk mendirikan rumah tangga.

IMG 0533 768x662 1

IMG 0535 768x655 1

Semoga pengantin dan pasangan terus berbahagia hingga ke Jannah serta terus menyayangi keluarga terutamanya orang tua hingga akhir hayat mereka.

Sumber” TikTok oohlysa

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*