“Saya dikhianati, ditipu.. adik dia sendiri bersubahat, hati saya dah remuk!” – Shuhada

“Saya dikhianati, ditipu.. adik dia sendiri bersubahat, hati saya dah remuk!” – Shuhada

Isteri kepada pelakon sensasi, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri terus meluahkan perasaan berhubung dugaan dan kejadian menimpanya sebelum ini.

Menurut wanita berusia 29 tahun itu, dia mengaku berdepan ujian berat diberikan Allah SWT yang perlu dilalui dengan tabah selain mendakwa adik iparnya turut bersubahat tetapi tidak berkongsi secara lebih jelas.

Tak boleh lari, kena lalui

WhatsApp Image 2023 03 05 at 11.58.09 AM 768x1365 1

“Saya akui ujian Allah buat saya kali ini amat berat, sangat berat. Allah dah tulis takdir hidup saya dan anak-anak dengan sangat teliti.

“Sehebat dan sebesar mana pun ujian buat saya dan anak-anak, saya tak boleh lari, saya kena lalui perit sakit semua tu.

“Saya ditumbuk, saya dikhianati, saya ditipu, saya dipermainkan dengan nama Allah (dia bersumpah itu ini) sedangkan adik dia sendiri bersubahat dan sebagainya,” katanya.

Nurul Shuhada atau mesra dengan panggilan Shu berkata demikian menerusi satu coretan di InstaStory pada sekeping swafotonya yang mengalami kecederaan di bahagian pipi kiri.

333299606 553827073386809 1646706887821295670 n 768x959 1

Sementara itu, dia juga berharap orang ramai dapat mendoakan dirinya serta anak-anak diberikan kekuatan supaya dapat menempuh ujian tersebut dengan berjaya.

“Allahuakbar rasanya jiwa saya dah rabak, hati saya dah remuk, saya tahu Allah tengah hulurkan tangan buat saya untuk keluar daripada penderitaan ini, hubungan ini, dari keluarga toksik.

“Saya mohon sangat doakan saya kuat, doakan anak-anak saya kuat, kami nak berjaya lalui ujian Allah ini dengan flying colours. Insya Allah saya takkan pernah lupa semua yang mendoakan saya,” ujarnya.

333741494 912488159880511 3683752731742343103 n 768x960 1

Terdahulu, ahli keluarga mengesahkan ibu dua cahaya mata itu ditumbuk tiga kali oleh Hafidz selepas berlaku pertengkaran berdekatan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh, Selangor awal pagi Khamis lalu.

Malah, polis sudah mengambil keterangan Nurul Shuhada di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor manakala Hafidz akan dipanggil dalam masa terdekat.

Sumber: Instagram Nurul Shuhada

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*