
Berpakaian seksi sambil dikelilingi lelaki buat peminat berang terhadap Bunga Citra Lestari
Baju seksi BCL jadi perhatian netizen.
PENAMPILAN penyanyi Bunga Citra Lestari menjadi perhatian ramai apabila mengenakan baju menjolok mata ketika melakukan persembahan di sebuah kelab malam.
Menerusi akaun Instagram Bunga Citra Lestari atau lebih mesra dengan panggilan BCL, dia dilihat berada di kelab malam serta dikelilingi ramai lelaki.
Dalam video yang dikongsikan itu juga, pakai BCL dilihat terdedah sehingga menampakkan lurah payudaranya semasa menyanyi.
BCL ketika lakukan persembahan di sebuah kelab malam.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet seakan kecewa melihat penampilan penyanyi berusia 39 tahu itu.
Malah mereka berpendapat pakaian tersebut membuatkan arwah suaminya iaitu Ashraf Sinclair terseksa di kubur namun ada juga yang tumpang gembira melihat penyanyi berkenaan kini semakin bahagia.
“Kesian arwah suami dia, orang lelaki kena hat-hati kalau nak pilih pasangan jenis macam ini.
“Seronok tengok BCL macam ini, dia dah ada kehidupan dia sendiri dan tak sedih lagi,” antara komen netizen.
Untuk rekod, BCL dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Noah Aidan.
Asharf dilaporkan meninggal dunia pada Februari 2020 semasa tidur dipercayai akibat serangan jantung.
Sumber : mstar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply