Marah Suami Tak Balik, Wanita Mengaku Rosakkan Kereta & Motor Di Rumah Madu

Marah Suami Tak Balik, Wanita Mengaku Rosakkan Kereta & Motor Di Rumah Madu

Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kemaman, hari ini atas pertuduhan melakukan khianat merosakkan dua kenderaan milik suami di rumah madunya di Taman Gong Pauh, Kemaman petang 5 Mac lalu.

Menurut laporan Utusan Online, tertuduh Siti Fazira Mohd. Sofian yang merupakan isteri ketiga membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang berusia 28 tahun mengetuk didakwa sengaja mengetuk cermin hadapan dan belakang kereta Mercedes-Benz selain merosakkan bahagian belakang motosikal berkuasa tinggi Honda Gold Wing menggunakan bakul mengisi buah.

mengaku salah serang madu 600x337 1

Pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan itu boleh membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang juga peniaga kedai emas kemudian dibenarkan untuk ikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan semula untuk fakta serta hukuman pada 15 Mac ini.

Terdahulu, tertuduh dikatakan menceroboh masuk ke rumah madunya yang merupakan isteri kedua selepas berang kerana suaminya tidak pulang ke rumah dalam tempoh dua hari.

Kejadian terbabit menyebabkan kedua-dua wanita itu bergaduh mulut sebelum bergelut sehingga madunya yang berusia 34 tahun mengalami luka di bahagian jari selain kereta BMW milik tertuduh turut dirosakkan oleh wanita berkenaan.

Sumber: Utusan Online (Nik Nur Izzatul Hazwani Nik Adnan)

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*