Tauliah Mengajar Agama Di Selangor, Tiada ‘Special Lane’ Walaupun Popular

Tauliah Mengajar Agama Di Selangor, Tiada ‘Special Lane’ Walaupun Popular

Tiada ‘special lane‘ atau pengecualian istimewa kepada golongan pendakwah yang ingin menyampaikan ceramah agama Islam di Selangor walaupun mereka berpengaruh dan popular.

Menurut laporan Sinar Harian, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, semua individu perlu mengikut undang-undang dan peraturan berkuat kuasa di Selangor dengan memohon tauliah mengajar.

“MAIS amat mengalu-alukan semua pihak yang ingin memohon tauliah di Selangor sama ada untuk mengajar, berceramah atau sebagainya.

“Bagaimanapun, setiap individu hendaklah membuat permohonan tauliah kepada Jawatankuasa Tauliah MAIS melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui media hari ini.

Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof bernama 768x576 1

Pada masa sama, beliau memaklumkan seramai 5,642 penceramah berkelayakan sudah menerima tauliah di Selangor sehingga 7 Disember tahun lalu.

Baru-baru ini, penceramah bebas Ustaz Wadi Annuar memaklumkan dua program ceramahnya yang dijadualkan berlangsung pada 10 dan 11 Mac ini di Selangor dibatalkan tanpa memberitahu punca sebenar.

Begitu juga dengan pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus yang memaklumkan kuliah Maghrib pada 26 Februari lalu di sebuah masjid di Selangor dibatalkan atas arahan JAIS

Mengulas tentang perkara tersebut, Abdul Aziz berkata, hasil semakan pihaknya mendapati kedua-dua penceramah berkeenaan tidak mempunyai tauliah bagi mengajar tentang agama Islam di Selangor.

Sumber: Sinar Harian (Mohd Azlim Zainury)

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*