Kawan Ira Kazar dedah, Syamsul Yusof memang nak ceraikan Puteri Sarah

Kawan Ira Kazar dedah, Syamsul Yusof memang nak ceraikan Puteri Sarah

Keputusan yang dibuat oleh pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof untuk tidak menceraikan isterinya, Puteri Sarah Liyana sangat mengejutkan banyak pihak.

Malah, Puteri Sarah sewaktu ditemui rakan-rakan media turut menyatakan perasaan yang sama selain memberitahu suaminya masih yakin rumah tangga mereka mempunyai sinar untuk berdamai.

Sedangkan Syamsul tiada bertanya khabar atau melawatnya sewaktu aktres berusia 38 tahun itu dimasukkan ke hospital pada bulan lalu.

Syamsul memang nak cerai, tapi…

Terbaharu, pelakon drama Andai Itu Takdirnya berkongsi tangkapan layar yang menunjukkan seorang warga Instagram memberitahu Syamsul Yusof sebenarnya mahu menceraikan Puteri Sarah.

Bagaimanapun, Syamsul mempunyai halangan untuk berbuat sedemikian atas faktor tertentu.

“Sis (Puteri Sarah), kawan saya berkawan dengan Ira Kazar. Ira cakap Sol (Syamsul Yusof) memang nak cerai tapi dia tak bodoh,”ujar individu tidak didedahkan identiti.

bhsyamsul062 1673069683 768x564 1

Kalau cerai nanti Puteri Sarah tuntut harta pencarian

Individu berkenaan berkata, sekiranya pengarah filem epik Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu menceraikan Puteri Sarah, berkemungkinan aktres itu akan menuntut harta penceraian.

“Kalau cerai, nanti sis (Puteri Sarah) tuntut harta pencarian, mesti dia akan miskin,”jelasnya.
Dikesempatan itu, individu berkenaan meminta Puteri Sarah meneruskan perjuangannya menuntut hak yang sepatutnya termasuk harta pencarian daripada Syamsul Yusof.

Sebab tu suka pasang peguam …

Mesej berkenaan menarik perhatian Puteri Sarah yang baru sahaja menghasilkan sebuah karya berjudul Terus.

“Sebab tu pasang lawyer untuk orang-orang yang suka menyalak macam ni,”tulisnya.

Screenshot 2023 03 09 at 12.59.20 PM

Walau bagaimanapun, sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada individu berkenaan mempunyai kenalan rapat kepada isteri kedua Syamsul Yusof, Ira Kazar dan menceritakan hal sebenar atau sebaliknya.

Sumber: Instagram puterisarahliyana

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*