PA Shuib kata doa orang teraniaya makbul, netizen minta jangan ikut campur

PA Shuib kata doa orang teraniaya makbul, netizen minta jangan ikut campur

Pendedahan ibu kepada pelawak terkenal, Shuib Sepahtu berkaitan kemelut yang melanda kumpulan lawak tersebut nyata semakin ‘panas’.

Ibu dedah anak dihina, dimaki

Mana tidaknya, Salamiah Jalani mengatakan anaknya telah dihina, dimaki dan dimalukan oleh ‘sahabat’ sendiri ketika bersama Sepahtu Reunion Live sehingga mengambil keputusan untuk meninggalkan program tersebut bagi menjaga maruah diri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by salamiahjalani (@amy_salmi)

PA nak bersuara jugak

Ternyata perkongsian tersebut telah menuai pelbagai maklum balas dalam kalangan netizen sehingga ada yang meminta orang lain tidak ikut campur dalam urusan Sepahtu.

Dalam pada itu, pembantu peribadi (PA) kepada pemilik nama sebenar Shahmira Muhammad, Syafiq Sharip turut meninggalkan komen di ruangan Instagram ibu kepada Shuib dengan mengatakan yang doa orang teraniaya pasti akan dimakbulkan.

IMG 0715 768x177 1

Jangan jadi batu api

Komen tersebut telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata kurang senang kerana merasakan Shafiq seperti ikut campur dalam kemelut yang melanda.

Menurut netizen, Shafiq tidak patut menjadi batu api dalam permasalahan tersebut dan seharusnya menasihati masing-masing untuk duduk berbincang serta mendengar penjelasan dari kedua-dua pihak.

IMG 0716 768x723 1

IMG 0717 768x794 1

Orang lain tak perlu ikut campur

Selain itu, ibu kepada Shuib juga ada membalas komen netizen yang memintanya untuk tidak ikut campur dalam urusan kerja dengan mengatakan yang individu itu hanya tahu bercakap dan bukan berada di tempatnya.

IMG 0701 768x349 1

Bakal isteri pun ada juga

Bakal isteri kepada Shuib, Watie Hanifiah juga ada meninggalkan komen emoji berbentuk hati di posting yang dibuat oleh ibu kepada pelawah tersebut.

IMG 0702 1 768x315 1

Terdahulu, PA kepada Shuib ada memuat naik video di akaun TikTok dengan bercerita tentang aib selepas rakan sekumpulan Shuib iaitu Jep Sepahtu berkongsi penjelasan mengenai ketiadaan Shuib dalam SRL.

Ujar Syafiq, dia mempersoalkan mengapa ‘sahabat’ kepada majikannya itu tidak mendedahkan hal sebenar. Dia juga meminta agar pihak sana supaya bersyukur kerana mereka tidak mendedahkan aibnya dan tidak perlulah memburukkan sahabat sendiri.

KLIK VIDEO TIKTOK DISINI

Sumber: Instagram Salamiah Jalani, TikTok shafiqabuuu

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*