Kamal Adli berlumuran darah, diserang dengan cota secara tiba-tiba

Kamal Adli berlumuran darah, diserang dengan cota secara tiba-tiba

Pelakon, Uqasha Senrose telah berkongsi khabar duka apabila suaminya, aktor terkenal, Kamal Adli mengalami kecederaan yang agak serius di bahagian kepala dan beberapa anggota tubuh apabila diserang oleh seorang lelaki tidak dikenali di Singapura.

Diserang secara tiba2
Menerusi hantaran yang dikongsikan Uqasha di Instagram, dia dan suami ketika itu sedang menghadiri expo perniagaan dan secara tiba-tiba didatangi seorang lelaki bersenjatakan cota.

Tanpa dijangka, Kamal telah dipukul berkali-kali di hadapan matanya sehingga berlumuran darah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Sedang ditidurkan untuk pembedahan

Setakat ini, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu sedang mendapat rawatan major di Hospital Besar Changi dan pihak doktor telah menidurkan Kamal bagi melakukan pembedahan keatas kecederaan yang dialami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Macam ada yang dendam

Menerusi beberapa hantarannya di Insta Story, Uqasha ada memuat naik individu yang dipercayai menyerang Kamal. Rupanya, suspek pernah menghantar ugutan namun tidak disedari oleh mereka.

Jelas pelakon itu lagi, suspek juga meruapakan seorang individu normal dan siuman serta masih tidak tahu apa motif tindakan tersebut walaupun sudah ditahan pihak berkuasa Singapura.

Screenshot 2023 03 13 at 7.37.49 AM

Semoga Kamal kembali sembuh

Adik kepada Uqasha, Raysha Rizrose juga telah berkongsi lokasi kejadian dan memohon orang ramai dapat mendoakan keadaan abang iparnya.

334859065 597859851890414 3652395504075180029 n 768x1365 1

Jaga ucapan orang sedang ditimpa ujian

Dikesempatan itu, Uqasha meminta agar orang ramai menjaga ucapan kerana kejadian tersebut membuatkan suaminya bertarung nyawa serta trauma kepadanya.

Dia meminta supaya tidak ada komen-komen kurang cerdik menyerangnya yang ketika ini berdepan ujian dan dugaan.

Screenshot 2023 03 13 at 7.37.56 AM

Setakat ini, kondisi Kamal masih belum dapat dipastikan dan motif serangan yang dilakukan suspek belum ada sebarang kenyataan daripada mana-mana pihak.

Semoga Kamal Adli segera sembuh dan keluarga mereka bersabar dengan ujian ini.

Sumber: Instagram Uqasha Senrose

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*