Usia muda dah dipotong kaki sebab kanser tulang, tak sampai setahun hidap barah paru-paru pula… pemuda pinjam semangat Ronaldo teruskan hidup

Usia muda dah dipotong kaki sebab kanser tulang, tak sampai setahun hidap barah paru-paru pula… pemuda pinjam semangat Ronaldo teruskan hidup

Rahman berkongsi pengalaman didiagnosis kanser tulang.
WAJAHNYA nampak ceria dan kehidupannya juga dilihat bahagia, tapi tiada siapa tahu dugaan yang ditempuhinya.

Pemuda ini masih mengukir senyuman dalam video yang dimuat naiknya di laman sosial, mendedahkan dirinya sebagai pesakit kanser.

Bagi Abdul Rahman Muhamad Rashidi, dia mengakui bukan mudah untuk berdepan dengan ujian berat apabila didiagnosis penyakit kanser tulang ketika usia muda, pada 2021.

“Masa tu saya baru 23 tahun. Saya ni aktif bermain bola sepak dan futsal. Ia bermula apabila kaki kiri saya sakit di bahagian paha dan lutut.

“Ingatkan sebab cedera main bola. Tapi sakit tu berpanjangan sampai tak boleh tidur malam, kena makan ubat tahan sakit.

“Sampai satu tahap, saya pergi buat pemeriksaan di hospital, termasuk buat MRI (pengimejan resonans magnetik). Hasilnya, doktor beritahu saya ada ketumbuhan di kaki… saya menghidap kanser tulang di peringkat awal,” katanya kepada mStar.

1978887

Rahman menjalani rawatan di hospital.

Rahman yang kini berusia 25 tahun memberitahu, dia kemudian diberi pilihan untuk survival termasuk menjalani pembedahan memotong sebahagian kaki kirinya.

Rahman menjalani rawatan di hospital.

Rahman yang kini berusia 25 tahun memberitahu, dia kemudian diberi pilihan untuk survival termasuk menjalani pembedahan memotong sebahagian kaki kirinya.

1978880

Selain bola sepak, Rahman turut aktif dalam sukan memanah.

Menurut pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Matematik Perniagaan di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah ini, selepas beberapa bulan menjalani pembedahan memotong kaki kiri, dia bertunang dengan gadis pilihannya pada Januari 2022.

“Saya bernikah pada Mac 2022, syukur masa tu saya dapat ‘kaki baharu’ (kaki palsu) dengan bantuan Lembaga Zakat Selangor.

“Jujurnya bukan mudah kerana paling mencabar apabila berdepan dengan orang ramai. Saya segan nak jumpa. Dah dapat kaki palsu pun masih terasa malu,” katanya, namun bersyukur mendapat sokongan keluarga dan isteri.

1978885

Imbasan menunjukkan kanser merebak ke bahagian paru-paru.

Dengan hanya sebelah kaki kanan, anak kedua daripada enam beradik ini kembali aktif bermain bola sepak dan melakukan sukan memanah.

“Saya sebenarnya tak boleh lari dari dunia sukan, sejak sekolah rendah saya aktif bersukan. Saya kini menyertai pasukan para memanah di Pulau Pinang, selain turun padang main bola,” tambahnya.

Jangan fikir kanser hanya penyebab mati. Kehidupan perlu diteruskan.

ABDUL RAHMAN MUHAMAD RASHIDI

Namun siapa sangka pemuda yang kini menetap di Balik Pulau, Pulau Pinang sekali lagi ditimpa ujian selepas disahkan menghidap kanser tulang tahap empat.

“Hasil pemeriksaan susulan, doktor beritahu kanser dah merebak ke paru-paru. Saya menjalani satu lagi pembedahan untuk membuang ketumbuhan sebelah paru-paru pada September 2022.

“Sekarang ni saya tunggu pengesahan sama ada perlu meneruskan kemoterapi atau melakukan satu lagi pembedahan. Apa jua keputusan saya reda,” katanya.

1978881

Isteri dan keluarga penguat semangat Rahman.

Rahman berkata, segala kekuatannya turut mendapat inspirasi daripada bintang bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo.

“Saya jadikan Ronaldo sebagai inspirasi untuk terus lawan. Seperti Ronaldo, dia tak pernah putus asa walau apa pun cabaran dan usia semakin tua.

“Dari zaman Ronaldo berbadan kurus sampai dia jadi fit, semangatnya tetap nak menang. Apa yang saya boleh kongsi, sesiapa pun didiagnosis kanser, janganlah putus asa.

“Jangan fikir kanser hanya penyebab mati. Kehidupan perlu diteruskan,” katanya yang berhasrat untuk bertemu dengan idolanya, Ronaldo suatu hari nanti.

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*