Wanita Koma Jadi Mangsa Keganasan Suami Sah Bercerai Secara Fasakh

Wanita Koma Jadi Mangsa Keganasan Suami Sah Bercerai Secara Fasakh

Wanita yang koma dipukul oleh suami, Jahida Nordin akhirnya sah berpisah dengan suaminya secara fasakh.

Memetik laporan dari Utusan Malaysia, Mahkamah Rendah Syariah Seremban hari ini membenarkan permohonan fasakh yang dikemukakan pada 1 Februari lalu.

Hakim Syarie, Hamizan Mohd. Nor hari ini memutuskan perkara tersebut setelah berpuas hati dengan kenyataan bertulis yang dikemukan adik kepada Jahida, Fauziah Nordin, 41 yang merupakan penjaga ad litem.

PRO 3000 01 1 1 768x513 1

Mahkamah lantik Fauziah selaku penjaga ad item

Pihak mahkamah sebelum ini telah melantik Fauziah selaku penjaga ad item kerana kakaknya sudah hilang kemampuan untuk hadir ke mahkamah selepas kejadian 21 Mei dua tahun lalu.

peguam syarie Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sembilan, Mohd. Amirul Adam Ahmad yang mewakili plaintif memaklumkan yang , perkahwinan Jahidah dan suaminya, Rosmaini Abdul Raof, 40, telah difasakhkan hari ini maka terputuslah hubungan mereka sebagai suami isteri.

“Kes ini mengambil masa kerana sepatutnya Jahidah sendiri hadir tetapi keadaannya (masih terlantar), jadi permohonan penjaga ad litem perlu dibuat terlebih dahulu di Mahkamah Tinggi Syariah.

“Selain itu, perintah telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya berkaitan pengurusan harta Jahidah diserahkan kepada jawatankuasa yang diketuai oleh Fauziah dan adiknya Fazariah Nordin,” katanya.

Fauziah ditemui mengaku berasa lega apabila penderitaan kakaknya yang digantung tak bertali selama ini berakhir selepas sah bercerai setelah dua tahun.

“Alhamdulillah saya bersyukur sangat sebab sudah tunggu lama (kes tuntutan fasakh) kakak. Memang tidak sangka mahkamah buat keputusan hari ini,” katanya.

1388172 768x543 1

Adik harap pembelaan terhadap kakak

Fauziah dan keluarga menerima dengan hati terbuka ujian dan keadaan yang dialami kakaknya ketika ini hanya mengharapkan pembelaan diatas apa yang telah berlaku.

“Seorang suami sepatutnya menjadi penjaga dan pelindung isteri. Jika suami tidak lagi mampu menjalankan tanggungjawab, lepaskanlah isteri secara baik jangan dipukul seperti yang berlaku pada Jahidah,” katanya lagi.

41623901749 pukulisteriiste

Terdahulu, Jahidah yang menetap di Johor Bahru koma disebabkan kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya pada 4 Mei 2021.

Mangsa yang sedang hamil  telah selamat melahirkan bayi lelaki, Eshan Nufail secara pembedahan pada 30 November 2021 ketika dalam koma.

Sumber: Utusan Malaysia (Nor Shafawati Yup)

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*