Adik bongsu buat drama sampai terperosok tepi sofa, merajuk abang dah beristeri… Dua beradik rapat sampai disangka duda anak satu!

Adik bongsu buat drama sampai terperosok tepi sofa, merajuk abang dah beristeri… Dua beradik rapat sampai disangka duda anak satu!

‘Drama air mata’ selepas majlis pernikahan.

HARI pernikahan sepatutnya diraikan dengan penuh kegembiraan, namun berlaku pula ‘drama air mata’ yang tidak disangka-sangka.

Mana tidaknya, adik kepada pengantin lelaki merajuk setelah abangnya sah diijabkabulkan dengan pasangannya.

Majlis nikah itu kecoh seketika apabila ahli keluarga termasuk pengantin sedaya-upaya memujuknya

Bercakap kepada mStar, pengantin lelaki, Muhamad Haris Fadzrie Nordin berkata, dia melangsungkan pernikahan bersama wanita pilihannya pada 17 Mac baru-baru ini di Pasir Gudang, Johor.

Pemuda berusia 25 tahun itu memberitahu, insiden membabitkan adik lelakinya yang berumur sembilan tahun itu berlaku sejurus selepas pernikahan.

“Selepas nikah, saya salam dengan keluarga… lepas salam ayah dan ibu, adik di sebelah dah mula menangis.

“Sebelum tu dia bertanya kepada saya, Mika (panggilan nama adik) nak duduk dengan siapa nanti kalau semua dah tak ada?” katanya kepada mStar.

1988058

Haris begitu rapat dengan adik bongsu.

Lebih mesra disapa Haris atau Wak, katanya, hubungannya dengan adik bongsu begitu rapat jika dibandingkan dengan adik-beradik lain.

“Banyak aktiviti dan masa diluangkan bersama. Kalau di rumah, memang kami selalu bergurau senda, saya suka menyakat dia. Boleh katakan kami ‘sekepala’,” ujarnya yang merupakan anak kedua daripada lima beradik.

1988054

Adik-beradik suka menyakat adik bongsu.

Berasal dari Pasir Gudang, katanya, hubungan akrab dengan adik bongsu membuatkan orang sekeliling tersalah anggap mengenai status dirinya.

“Sampaikan ada orang cakap saya pernah berkahwin dan dah ada anak. Mereka tak berapa mengenali saya sangka saya ni duda anak satu… saya rasa kelakar.

“Mana tidaknya, sejak adik masih kecil sampai sekarang, saya dalam kalangan adik-beradik yang sering bawa dia ke mana-mana,” katanya.

1988057

Keluarga meluangkan masa bersama.

Menurut Haris, tanggapan pertama itu turut berlaku ketika fasa mengenali isterinya sebelum mendirikan rumah tangga.

“Saya dan isteri berkenalan kira-kira setahun. Masa mula-mula kenal tu pun, dia (isteri) ingat saya ni pernah berkahwin, duda anak satu.

Saya tetap abang dia walaupun saya kini suami orang.

MUHAMAD HARIS FADZRIE NORDIN

“Berkali-kali juga saya yakinkan dia yang saya masih bujang, dan ‘anak’ itu adalah adik bongsu. Saya siap tunjuk gambar-gambar keluarga sebagai bukti.

“Isteri kaki siasat, semua orang dia tanya pasal status saya. Sehinggalah saya bawa dia jumpa famili saya, dan perkenalkan ahli keluarga termasuk adik. Barulah dia lega,” ujarnya secara berseloroh.

1988056

Haris bernikah pada 17 Mac 2023.

Haris yang merupakan juruteknik bagaimanapun menjelaskan bahawa isterinya bukan mempertikaikan status dirinya, tetapi mahu kejujuran dalam perhubungan.

“Mungkin kerana hubungan saya dan adik sangat rapat menyebabkan kami lebih nampak sebagai ayah dan anak, berbanding abang dan adik.

“Adik bongsu saya ni manja, hati dia memang tisu. Masa dia merajuk tu, saya puas pujuk pun tak ‘jalan’. Sudahnya mak yang pujuk adik.

“Tapi saya ada beritahu adik, saya tetap abang dia walaupun saya kini suami orang. Dan dia juga ada adik-beradik lain yang juga sayangkan dia,” katanya lagi.

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*