Nabil Ahmad kecewa, tanda ‘Allah yang satu’ diperlekeh sebagai lelaki curang

Nabil Ahmad kecewa, tanda ‘Allah yang satu’ diperlekeh sebagai lelaki curang

Pelawak dan penyampai radio, Nabil Ahmad meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir warganet yang memperlekeh dan mempersendakan tanda ‘Allah yang satu’ yang menjadi bahan jenaka.

Ia menjadi bualan apabila beberapa selebriti yang dipercayai curang dan tergamak bertindak kasar mengasari isteri seringkali memuat naik foto berserta isyarat tangan tanda ‘Allah yang satu’.

karkunaj1 1660904240 768x451 1

Tanda ‘Allah yang satu’ tiada kaitan dengan agama..

Pemilik nama Ahmad Nabil Ahmad berkata, tindakan dan kelakuan negatif seseorang dalam kehidupannya tiada kena-mengena dengan isyarat tangan dilakukan individu berkenaan.

“Bagi saya, tanda itu (Allah yang satu) tak patut dimainkan. Jangan libatkan agama dengan perbuatan itu. Yang bermasalah adalah individu itu sendiri.

“Jangan fasal dia atau apa yang dia dah buat, contohnya dia pergi keluar tabligh, dia angkat tanda (la ilaha illallah) terus anggap ini tanda-tanda lelaki yang akan curang dan pukul isteri”katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

Patut minta nasihat ustaz…

Jelas Nabil, mereka seharusnya mendapatkan nasihat ustaz mengenai tindakan yang kita akan lakukan tersebut.

“Oh no! Salah. Orang yang perlekehkan tanda itu, pada saya dia patut minta nasihat ustaz ke.

“Kita faham, perasaan kau marah dengan perbuatan orang itu tapi tak ada kena-mengena dengan tanda itu,”katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

Tanda tu sama kita buat dalam rukun solat

Tambah Nabil, tanda yang dilakukan itu sama juga seperti yang sering dilakukan oleh umat Islam sewaktu menunaikan solat iaitu ketika tahiyat awal dan akhir.

“Memperlekehkan tanda itu, bagi saya tidak patut. Tanda itu juga sama seperti kita buat tahiyat awal dan akhir kan. Takut lari akidah sebab perlekehkan benda-benda macam ini,”ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

Tegas Nabil, orang ramai sepatutnya tidak membuah tuduhan tidak berasas tanpa membuat rujukan terlebih dahulu kerana ia melibatkan agama, bukannya individu.

Sumber: Astro Gempak! (Asyikin Mayudin)

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*