Anak bongsu & isteri menangis, Aaron Aziz enggan lagi komen isu Syamsul Yusof

Anak bongsu & isteri menangis, Aaron Aziz enggan lagi komen isu Syamsul Yusof

Baru-baru ini, Aaron Aziz telah mendedahkan apa yang berlaku antara dirinya dan pengarah tersohor, Syamsul Yusof berkaitan pengguguran namanya dalam filem Original Gangster.

Hal itu susulan kenyataan Syamsul yang mengatakan bahawa kondisi kesihatan dan fizikal pelakon itu kurang sesuai bagi memulakan pengambaran yang memerlukan banyak adegan berlawan.

Larang bersemuka dengan Syamsul
Selepas beberapa hari pendedahan yang dibuat Aaron, dia telah berkongsi satu tangkapan layar perbualan dengan isteri yang melarangnya untuk bersemuka dengan Syamsul bagi menyelesaikan masalah yang berlarutan atas permintaan anak bongsunya.

Ujarnya, dia sudah tidak mahu lagi sebarang komen ataupun kenyataan berkenaan isu tersebut kerana ia boleh menjejaskan kesihatan mental mereka sekeluarga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Tak mahu lagi ulas isu ni

Tambah Aaron lagi, anak dan isterinya menangis apabila mengetahui isu tersebut dan ia benar-benar membuatkannya berasa risau.

Jadi, dia tidak mahu memanjangkan isu berkenaan Syamsul Yusof dan percaya bahawa rezekinya ada di tangan Allah S.W.T dan bukan di tangan manusia. Keutamaannya kini adalah keluarga dan berdoa supaya mereka semua terlindung dari fitnah dunia dan akhirat.

Screenshot 2023 03 25 at 3.09.51 PM 655x1024 1

Syamsul ambil tanggungjawab penuh

Dalam pada itu, pengarah filem Original Gangster, Syamsul Yusof juga telah memuat naik satu hantaran di Insta Story dengan mengambil penuh tanggungjawab ke atas pengguguran pelakon asal Singapura itu dalam filem arahannya.

Dia juga meminta tiada yang menyalahkan mana-mana pihak termasuklah pelakon lain seperti Sharnaaz Ahmad dan juga beto Kusyairy berhubung isu kerja antaranya serta Aaron Aziz.

IMG 1511 601x1024 1

Terdahulu, kenyataan yang dibuat Syamsul menerusi sidang media tergempar berkenaan pengguguran Aaron Aziz dalam filem arahannya menjadi semakin panas setelah pelakon itu membuat video balasan mendedahkan apa yang berlaku.

Dia juga turut menunjukkan suntikan yang diambil untuk mendapatkan fizikal yang diinginkan Syamsul bagi filem Original Gangster.

Namun apa yang membuatknya terkilan adalah tindakan Syamsul yang menggugurkan namanya sebagai pelakon untuk filem terbabit sedangkan dia yang beriya-iya ingin Aaron berlakon untuk naskah tersebut.

Sumber: Instagram Aaron AzizSyamsul Yusof

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*