
Kongsi foto buka puasa dengan seorang wanita, Afdlin Shauki jawab status hubungan… “Memang kami selalu bersama”
Gambar wanita yang dimuat naik Afdlin menimbulkan tanda tanya ramai.
TINDAKAN pengarah Datuk Afdlin Shauki memuat naik foto seorang wanita di laman Instagram mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat.
Menjawab mengenai persoalan itu, Afdlin, 52, menjelaskan wanita itu merupakan pengurusnya dan mereka sering bersama ketika berada di luar.
Meskipun sudah setahun bercerai dengan Maria Christina Orow Abdullah, Afdlin berkata dia masih belum bersedia untuk berkongsi mengenai status terkini dirinya.
Afdlin belum sedia berkongsi lanjut soal hubungan baharu.
“Belum ada komen apa-apa lagi setakat ini. Itu sahaja yang boleh saya beritahu.
“Dia adalah pengurus saya dan memang kami selalu bersama,” katanya ringkas ketika dihubungi mStar pada Ahad.
Sebelum itu, Afdlin memuat naik sekeping foto dan menulis kapsyen seolah-olah memberi gambaran wanita berkenaan merupakan individu istimewa.
“Berbuka puasa with this beautiful lady,” tulis Afdlin.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut memberikan pujian selain menitipkan doa untuk mereka berdua.
Apa-apa pun mestilah saya akan beritahu. Nantilah lepas raya saya kongsi
DATUK AFDLIN SHAUKI
PELAKON/PENGARAH
Sebelum ini Afdlin mengakui dia sudah bertemu seseorang namun enggan terlalu terbuka bercerita kerana mahu menjaga hati bekas isteri.
“Apa-apa pun mestilah saya akan beritahu. Nantilah lepas raya saya kongsi. Sekarang belum sedia nak kongsi lagi,” jawabnya ringkas.
Afdlin bersama bekas isteri dan tiga anak mereka.
Untuk rekod, Afdlin dan bekas isteri iaitu Maria Christina Orow Abdullah mendirikan rumah tangga pada 1997 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.
Mereka sepakat untuk berpisah pada April tahun lalu dan masih mengekalkan hubungan baik.
Sumber : mstar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan
Leave a Reply