Suami Isteri Maut Kemalangan, Status Terakhir Di Facebook Undang Sebak

Suami Isteri Maut Kemalangan, Status Terakhir Di Facebook Undang Sebak

Pemergian sepasang suami isteri yang maut dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Kampung Selamat, Sungai Tong, Setiu semalam mengundang rasa sayu dalam kalangan kenalan mereka.

Pasangan yang baik

Berita mengejutkan kami 

Al-Fatihah buat sahabat kami 

Memetik laporan Kosmo! Online, difahamkan mangsa Faizul Azman Awang, 44, dan Habsah Ismail, 42, menziarahi jenazah ahli keluarga di Besut dan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kuantan, Pahang sebelum terbabit nahas tersebut.

Lebih sebak apabila Habsah sempat memuat naik sebuah hantaran yang meluahkan kesedihan atas pemergian arwah abang iparnya di laman Facebook.

Status terakhir

“Pergimu di hari dan bulan yang baik. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Salam takziah buat keluarga kakak ipar, tiada lagi gurau senda dan senyum tawamu.

“Abang Gie (arwah abang ipar) sentiasa dalam kenangan kami. Arwah selalu tunggu kami kalau ke Besut. Ya Allah semoga syurga untuk abang iparku, amin,” tulisnya.

Dalam kemalangan kira-kira jam 1.17 tengah hari itu, ia melibatkan sebuah lori, dua kenderaan pelbagai guna (MPV) iaitu Proton Exora dan Toyota Wish, sebuah kenderaan pacuan empat roda Nissan Navara serta Perodua Axia.

Faizul Azman yang memandu Proton Exora dan isterinya meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala anak mereka berusia 13 tahun mengalami cedera parah dikejarkan ke Hospital Setiu.

Sumber: Kosmo! Online (Tengku Danish Bahri Tengku Yusoff), Facebook search

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*