Janna Nick makin kurus & cantik, tanya waktu sesuai bersenam di bulan Ramadan

Janna Nick makin kurus & cantik, tanya waktu sesuai bersenam di bulan Ramadan

Nama pelakon Janna Nick kerap kali menjadi bualan warganet terutama sekali menerima kritikan ‘body shaming’ lebih-lebih lagi berpakaian keterlauan , selain tidak segan silu menonjolkan tubuh badan.

Tetap konsisten

Namun, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner tidak berputus asa menurunkan berat badannya selain mencantikkan semula postur tubuh yang lebih ‘mengancam’ dari sebelumnya.

Meskipun menerima kritikan, aktres kelahiran negeri jelapang padi itu tidak cepat melatah, sebaliknya membuktikan hasil bahawa dirinya mampu kurus dan cantik dengan melakukan senaman secara konsisten selain menjaga pemakanan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Hilang konsisten bila masuk Ramadan

Bagaimanapun, aktres berusia 28 tahun itu mendedahkan bahawa dirinya sukar untuk fokus dan konsisten bersenam terutama di bulan Ramadan atas beberapa faktor.

“Bila masuk Ramadan ni, saya macam tak tahu bila waktu yang paling sesuai untuk melakukan senaman hot yoga ini.

“Sebab dia panas, dalam bilik sauna dan agak tegang. Nak buat petang, takut pengsan, nak buat lepas berbuka takut kenyang sangat dan nak pergi terawih,”tulisnya.

KLIK VIDEO DISINI

Waktu tidur pun dah bertukar

Selain itu, pelakon drama adaptasi My Coffee Prince memberitahu jadual waktu tidurnya turut mengalami perubahan dalam bulan Ramadan ini memandangkan perlu bangun sahur dan terus pergi mencari rezeki.

“Waktu tidur pun dah tak sama macam sebelum ini.

“Sebab jam 5.30 dah bangun. Sahur dan terus pergi shooting. So, malam memang malas,”ujarnya lagi.

Snapinsta.app 338148512 1650729792109374 7448865366538138300 n 1080 768x959 1

Apa yang membuatkan dirinya hilang konsisten dan momentum untuk terus bersenam di bulan Ramadan adalah waktu paling lewat yang ditetapkan menyertai kelas hot yoga adalah jam 9 malam.

“Kelas pun sampai 9 malam sahaja paling lewat.

“Jadi, saya macam dah hilang momentum dah. Petang ni (semalam) kena pergi gim juga. Jika tidak nanti lagi susah, perlu bermula semula,”ujarnya.

Snapinsta.app 337686309 1528712214289491 803692532957574720 n 1080 768x955 1

Korang exercise macam mana?

Dikesempatan itu, Janna turut bertanya kepada warganet mengenai waktu sesuai untuk bersenam yang dilakukan oleh mereka di bulan Ramadan.

Pertanyaan itu mendapat pelbagai reaksi dan cadangan daripada warganet dengan menyatakan beberapa waktu atau kaedah yang sesuatu dilakukan oleh pelatun lagu Gatal tersebut.

Screenshot 2023 03 28 at 12.48.34 PM 768x647 1

Screenshot 2023 03 28 at 12.49.01 PM 768x587 1

Sumber: Instagram jannanick

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*