Zul Ariffin bakal bergelar ‘Tuan Haji’ berangkat ke Tanah Suci 10 Jun nanti

Zul Ariffin

Zul Ariffin bakal bergelar ‘Tuan Haji’ berangkat ke Tanah Suci 10 Jun nanti

Pelakon hebat, Zul Ariffin meluahkan rasa syukur apabila diberi kesempatan untuk hadir ke Tanah Suci sebagai tetamu Allah bagi mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.

Baca Lagi di : Beza usia 23 tahun, Esma Daniel kembali bergelar suami – “Rasa gementar tetap ada”

Ada seminggu lagi buat persiapan

Memetik laporan dari Mstar, Zul Ariffin memaklumkan bakal berangkat menunaikan haji pada Jun nanti. Jelas pemilik nama sebenar, Zulkifli Ariffin, dia sepatutnya berangkat lebih awal ke sana namun terpaksa menunda tarikh ke 10 Jun memandangkan mempunyai pengambaran yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Zul Ariffin

“Saya sepatutnya berangkat lebih awal namun terpaksa dianjakkan ke minggu kedua iaitu 10 Jun disebabkan perlu menyelesaikan baki penggambaran.

“Alhamdulillah tiada rasa gementar tapi ada beberapa perkara perlu saya siapkan terlebih dahulu seperti menghadiri kursus haji. Kena ‘laju’ juga sebab saya ada lebih kurang seminggu untuk bersedia sebelum bertolak,” katanya.

Anggap tawaran kerjakan haji sebagai ‘durian runtuh’

Ujar Zul Ariffin lagi, dia tidak pasti tawaran mengerjakan haji itu menerusi cara VIP (very important person) atau sebaliknya kerana menganggap tawaran tersebut sebagai durian runtuh untuknya.

Zul Ariffin

“Saya rasa (mengerjakan haji cara VIP). Saya dapat jemputan untuk pergi haji, jadi saya pergi bersama-sama tim saya. Saya tak pergi melalui Tabung Haji.

“Saya dah pergi tiga kali buat umrah sejak Ogos lepas, kalau ikut perancangan sebelum ini saya nak puasa dan raya di sana tapi sebab penggambaran tak dapat. “Tapi dapat pula pergi haji, cantiklah saya anggap rezeki,” katanya lagi.

Tunda beberapa kerja demi kerjakan haji

Jelas pelakon berkenaan, dia terpaksa menunda beberapa projek kerana tidak mahu melepaskan kesempatan mengerjakan haji tahun ini di  tanah suci

Walau bagaimanapun, dia akui sedikit bimbang dengan cuaca di sana kerana dikhabarkan keadaan agak panas.

“Saya sebenarnya ada projek tapi terpaksa ditunda sebab nak mengerjakan haji. Kalau umrah saya mungkin dah tahu tapi haji belum lagi.

“Kita nak kena pergi awal, dengan ramai orang dan musim panas. Jadi saya terpaksa tunda projek yang kerana bimbang tak dapat beri komitmen.

“Saya teruja nak mengerjakan haji, cuma lautan manusia itu tak tengok lagi sebab musim haji selalu kita tengok dalam televisyen ini kita lalui pula dengan musim panas,” kongsinya.
Terdahulu, Zul Ariffin sebelum ini ada memaklumkan yang dirinya memilih untuk berhijrah ke Mekah atas urusan perniagaan dan berasa lebih tenang disana.

Namun, dia sama sekali tidak akan meninggalkan Malaysia kerana tetap akan pulang jika mempunyai urusan pekerjaan di sini.

Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Semakanpermohonan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*